fbpx

Sedapnya Layan Soto Petang Ni, Senang Je Nak Buat. Pastikan Langkah Pertama Dimasak Sempurna Agar Kuah Wangi

iCookAsia

Tengok gambar soto pun dah cukup menyelerakan. Bila masak sendiri, ikut suka nak letakkan isi ayam, kacang banyak mana kan? Makanlah sepuas hati.

Resipi ini lengkap dengan resipi bergedil kentang. Dan sesuai untuk hidangan enam orang dan menggunakan dua liter air.

 

Bahan Kuah Soto :

Bahan Kisar :

1 inci Lengkuas*

1 inci Halia*

4 labu Bawang merah besar (lagi banyak lagi sedap)*

1 ulas Bawang putih*

1 biji Buah keras 1 biji*

 

Bahan :

Ayam potong besar sebab nak carikkan

2 batang Serai (ketuk)

Minyak untuk menumis

Serbuk sup adabi (kalau sepaket kecil, guna separuh)

Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)

1 kiub ayam

Akar daun sup (potong dan cuci bersih)

2 liter air/ sejug

*jika tidak mahu gunakan serbuk sup atau serbuk kurma, gunakan rempah soto. Namun bahan yang lain jangan diubah.

 

Cara :

1. Tumis bahan kisar bersama serai dan akar daun sup sehingga naik bau dan sedikit garing supaya bawang tidak rasa mentah di dalam kuah nanti. Bila masak elok, kuah akan jadi wangi.

2. Kemudian masukkan serbuk sup dan kurma atau rempah soto.

3. Selepas itu masukkan ayam. Apabila air ayam sudah hampir kering, baru masukkan air.

4. Masukkan kiub ayam, perasakan gula dan garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan untuk dicarik.

 

 

Resipi Begedil Kentang : 

5/6 biji Ubi kentang 5/6 – buang kulit dan potong kecil. Rebus.

Lenyekkan, kemudian masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.

Dalam mangkuk lain, pecahkan telur 1 biji, lada sulah dan perasakan dengan garam. Kacau laju sehingga berbuih dan supaya apabila digoreng, telur akan menjadi bersarang.

Tips untuk menggoreng bergedil supaya tidak hancur, panaskan minyak dan agak-agak bergedil tenggelam separuh. Panaskan minyak dengan api kecil dan pastikan minyak panas sebelum digoreng.

Celup bergedil dalam bancuhan telur dan goreng. Jangan balikkan selagi tidak garing atau kekuningan. Apabila garing baru balikkan supaya tidak pecah.

Sumber : Fara Lome

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x