in , , ,

Sedapnya Rasa Lemak Manis Bingka Tepung Beras. Mengimbau Nostalgia Waktu Kecil.

Sudah agak lama tidak merasa kuih orang-orang lama, Bingka Tepung Beras. Walaupun bahannya sangat mudah, namun rasa lemak manisnya memang cukup enak.

Sempena Hari Kemerdekaan ke-63 pada hari ini, kita imbau kembali nostalgia kuih legend. Resipi asal merupakan milik Fazni Jusoh dan dikongsikan kembali oleh Aisyah My.

 

Bahan :

2 cawan Tepung beras

1 cawan Tepung jagung

1 cawan Gula

7 cawan Santan

 

Cara :

  1. Satukan semua bahan di dalam periuk dan kacau rata.
  2. Masak di atas api sehingga pekat sambil kacau.
  3. Sediakan loyang dan lapik dengan kertas dan griskan.
  4. Tuang bancuhan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180c sehingga garing atasnya, jangkaan masa lebih kurang satu jam 30 minit.
  5. Tunggu sehingga sejuk dan baru dipotong.

Kredit resipi & foto : Aisyah My

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0