in , , ,

Selalu Fail Kalau Buat Sambal Nasi Lemak? Cuba Ikut Resipi Ni.

Walaupun bahan-bahan untuk membuat sambal bilis adalah yang paling asas, namun harus diakui masih ramai yang gagal membuatnya kan? Nak membuat sambal mudah sahaja, apa yang penting minyak harus banyak sewaktu menumis, barulah hasilnya cantik. Dan tak perlu risau menggunakan minyak yang banyak, selepas siap, ceduk minyak yang bertakung di bahagian atasnya.

 

Bahan Kisar :

1 labu Bawang besar

Segenggam Ikan bilis

 

Bahan :

Ikan bilis

2 labu Bawang besar – hiris

20 sb Cili kisar

Air asam jawa

2 sk Gula

Garam

 

Cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar. Kacau dan tumis menggunakan api kecil. Biarkan masak dalam 10 minit.

3. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris dan ikan bilis tadi.

4. Masukkan pula air asam jawa dan tumis lagi dalam 5 minit.

5. Perasakan dengan gula dan garam. Tumis lagi dalam 5 minit. Siap untuk dihidang.

Kredit resipi & foto : Sheena Supramaniam

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0