fbpx

Semperit Dan Tart Nenas Mudah, Rangup Dan Creamy. Ikut Resipi Gerenti Jadi. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Resipi ini mudah untuk dibuat dan punya jaminan gerenti jadi. Tak perlu ubah sukatan, apa yang penting ikut sahaja bahan dan langkah yang disediakan.

“Alhamdulillah…buat ala kadar utk raya tahun ni…sedih raya tahun ni anak² xdpt balik. Resepi mudah share dari Azlina Ina.”

 

Tart Nenas

Bahan A:

1 cwn butter

3 sb susu pekat

2 sb minyak sapi

1 biji kuning telor

Sedikit esen vanila n sedikit pewarna kuning

 

Bahan B :

3 1/2 cwn tpg gandum

2 sb tpg jagung – ( supaya tart  tidak keras)

2 sb tpg kastad – ( tart rasa creamy)

 

Cara :

1. Satukan bahan A dan gaul sebati.

2. Kemudian masukkan bahan B.

3. Uli semua bahan sekata dan bentukkan. Sapukan kuning telur dan sedikit pewarna kuning.

4. Bakar pada suhu 160C selama 25 minit atau bergantung kepada oven masing-masing.

Semperit

Bahan A :

1/2 cwn butter

1/4 cwn susu pekat

Esen vanilla

Sedikit pewarna kuning

 

Bahan B :

2 cwn tpg jagung – (rasa cair dlm mulut )

1 sb tpg beras – (ranggup dan tak mudah berderai)

1 sb tpg kastad – (creamy pada samperit )

 

Cara :

1. Gaul sebati bahan A.

2. Kemudian masukkan bahan B dan gaul sebati. Uli doh sehingga licin dan cantik.

3. Terapkan dengan acuan (saya gunakan acuan semperit pecah 15).

4. Bakar pada suhu 170C selama 25 minit atau mengikut oven masing-masing.

Sumber : Mia AdhaRusly

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x