fbpx

Semperit Susu Cair Di Mulut. Tak Kembang Bila Dibakar, Tak Rapuh Bila Dipegang. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Semperit susu rasanya lebih berlemak, rapuh dan cair dalam mulut bila dimakan. Namun yang menjadi cabaran, setiap kali membakar, pasti bunganya tidak kembang dan meleper ke bawah.

“Rasa mcm satu kejayaan besar bile semperit susu ni bunga xkembang setelah dibakar, xkeras dan xterlalu rapuh bila dipegang. Berbagai2 resepi dh cuba tapi hampa. Kali ni sy berjaya.😂 Alhamdullilah.”

 

Bahan :

2 1/3 Butter salted (250 gm seketul – saya guna lurpak) – Pastikan butter tidak terlalu lembik dan masih dalam keadaan sejuk.

1 kg tepung jagung (beli di kedai bakeri)

1 tin susu pekat manis (saya guna susu brand saji)

1/2 sb tepung beras

4 sb tepung kastard

Coklat cip

 

Cara :

1. Sebatikan butter dan susu (guna senduk sahaja)

2. Masukkan tepung beras.

3. Masukkan tepung kastard. Sebatikan adunan.

4. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit. Sebatikan sehingga doh tak melekat ditangan.

5. Terap adunan.

6. Letak coklat cip.

7. Anginkan bawah kipas selama 20 minit. (resepi asal tak perlu anginkan tetapi saya taknak tanggung risiko bunga jatuh).

8. Bakar pada suhu 170C selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing.

9. Setelah siap bakar, buka pintu oven dan biarkan dalam 5 minit baru keluarkan dan biarkan sejuk.

10. Saya bakar pada tingkat paling bawah dan tiada penggunaan kipas oven.

Kredit resepi asal : Noor Fazidah

Sumber : Nadya Nad

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x