fbpx

Semuanya kerana asas. Apa-apa pun boleh jadi terbaik

Makan Besar! Wah tak sabarnya. Itu antara aktiviti wajib Tahun Baru Cina saat berkumpul satu keluarga. Bila tiba perayaan, semuanya menghayati dengan kemampuan berbeza tapi kegembiraan yang sama tiada tara.

Seronoknya kalau Makan Besar Tahun Baru kali ni kita dapat makan masakan istimewa dari ahli keluarga sendiri. Jadi, memandangkan tahun ini tahun Arnab, apa kata kita cuba resipi istimewa biskut lagenda sepanjang zaman, Golden Bunny Cookies  tradisi turun temurun ini.

Mesti kegembiraan terpancar pada wajah seluruh ahli keluarga bila dapat luangkan masa menghasilkan Golden Bunny Cookies yang bukan sahaja sedap, tapi cantik terhidang. Pendek kata, tak ralat kalau nak dihidang pada tetamu nanti. Mesti ramai tertanya-tanya, hasil tangan siapakah biskut unik ini.

Pada asasnya, Golden Bunny Cookies  ini adalah biskut mentega biasa yang sangat popular ketika sambutan Tahun Baru Cina. Namun, biskut ini menjadi lebih sesuai untuk dijadikan aktiviti seisi keluarga kerana selain biskut mentega biasa, biskut ini ada tambahan royal icing yang boleh dihias mengikut warna kesukaan sekaligus menyempurnakan lagi dengan wajah comel Arnab.

Tak tahu nak buat? Di sini kami akan kongsikan resipi istimewa yang dijamin menjadi jika dibuat.

Bayangkan, Golden Bunny Cookies  yang pada asasnya hanya biskut biasa tapi bila dibuat bersama ahli keluarga, kesatuan serta kerjasama yang terjalin bila masing-masing ambil peranan untuk siapkan satu resepi, ianya akan membuatkan Golden Bunny Cookies berada di kelasnya yang tersendiri.

Usaha menghasilkan biskut ini tidaklah sesukar mana. Semua bahan-bahan iaitu bahan asas paling penting, tepung gandum, mentega, gula, telur, dan perasa vanilla dicampur dan diadun bersama hingga sebati. Setelah menghasilkan doh yang cantik, adunan perlu disimpan dalam peti sejuk bahagian ‘chiller’ selama satu jam.

Setelah cukup masa satu jam, canai adunan mengikut ketebalan 4mm atau mengikut keinginan masing-masing dan terapkan acuan berbentuk Arnab ke atasnya. Setelah diterap, angkat doh itu dan susun di dalam dulang sebelum dibakar dalam ‘oven’.

Bahagian kedua pula, langkah mudah penghasilan royal ising adalah, campurkan serbuk putih telur kering, gula ising, cuka dan air. Gaul sebati dan asingkan ke bekas lain untuk masukkan pewarna makanan yang disukai.

Apabila biskut sudah dimasak, pastikan ia sejuk terlebih dahulu sebelum meletakkan royal ising di atasnya. Warnakan mengikut kreativiti masing-masing dan boleh bandingkan dekorasi siapa yang paling menarik, tertarik dan mempesonakan.

Pilihan tepung terbaik

Oh ya, bagi menjayakan pembuatan biskut mentega itu, pemilihan bahan utama iaitu tepung perlu diteliti dengan sebaiknya. Pastikan tepung selamat digunakan tanpa ada bahan bahaya lain yang terlindung. Justeru, Tepung Gandum Cap Ros dari MFM adalah pilihan terbaik untuk membuat biskut atau pastri.

Sambil uli adunan, teringat pula kemeriahan dan memori zaman kanak-kanak. Indahnya tidur lewat malam menemani ibu dan nenek menyiapkan biskut untuk perayaan. Waktu itu tiada peralatan canggih yang boleh digunakan,. ‘Oven’ pun pada ketika itu perlu dijaga secara manual. Kalau terlebih masa atau terleka sedikit, pasti bau hangus merebak ke satu rumah.

Ada juga yang sampai tertidur di sebelah ‘oven’ kerana menunggu lamanya biskut dimasak. Cukup mengusik jiwa. Kini inilah masanya mencipta memori bersama anak-anak pula.

Membuat biskut bukan sekadar aktiviti atau tugas yang perlu diselesaikan, namun setiap perbuatan itu melambangkan kasih sayang. Seperti adunan tepung bersatu dalam satu bekas, diuli bersama air hingga sebati bersama. Itulah juga harapan kita pada keluarga, semestinya mengharapkan hubungan paling indah ini bersemi bersama hingga wujudnya suasana yang harmoni di hujungnya seperti biskut yang telah dimasak, harum dan enak dimakan.

Tepung Gandum Cap Ros dari MFM pilihan utama

Asas terbaik menjadikan hasilnya berkualiti tinggi. Dan asas bagi pembuatan biskut yang enak tentulah penggunaan Tepung Gandum Cap Ros dari MFM.

Tepungnya halus dan ringan tanpa bahan peluntur atau pemutih Benzoyl Peroxida serta berkualiti tinggi dan diperkaya dengan Vitamin B1, B2, Niasin dan Zat Besi yang dirumus khas untuk membuat biskut, kek, kuih- muih dan pastri seperti tart dan pie yang malah sesuai juga untuk membuat kuih muih.

Harga dengan kualiti yang cukup berbaloi dan mudah didapati di kedai runcit, pasaraya, kedai bakeri atau rangkaian kedai runcit popular, SpeedMart seluruh Malaysia.

Tepung Gandum Cap Ros dari MFM ini terbaik untuk membuat biskut seperti Golden Bunny Cookies  untuk Tahun Baru Cina kerana hasilnya, biskut terasa ringan, rangup dan tidak padat. Perfect! Dan itulah juga diharapkan untuk tahun ini, sempurna sepanjang tahun.

Macam mana, sudah ada idea untuk aktivit di Tahun Baru Cina nanti? Sudah dapat idea untuk deko rupa Arnab bersama anak-anak? Pasti meriah dan berwarna warni meja hidangan dengan kreativiti yang datang dari Golden Bunny Cookies nanti.

Pastinya Golden Bunny Cookies akan menangkap pandangan mata tetamu terlebih dahulu dengan kemeriahan yang dicipta hasil adunan penuh kasih sayang dan gelak tawa. Ketika itu, perhatikan wajah ceria dan gembira anak-anak bila bercerita aktiviti mereka menghasilkan biskut dengan menggunakan Tepung Gandum Cap Ros dari MFM bersama keluarga.

Biskut cantik dan sedap itu pastinya menjadi ‘ONG’ terbaik seisi keluarga sepanjang 2023. Tahun depan nak buat aktiviti apa pula?

Ini panduan dan resipi Golden Bunny Cookies untuk anda cipta memori bersama keluarga. Oh ya, jangan lupa Tepung Gandum Cap Ros dari MFM ya. Ingat, bina asas yang cantik adalah misi tahun ini.

RESIPI GOLDEN BUNNY COOKIES

Bahan Biskut Mentega :
200 gm Tepung Gandum Cap Ros dari MFM
125 gm Mentega tanpa garam
125 gm Gula
2 biji Telur (ambil kuningnya sahaja)
2 sudu kecil Esen vanila

Bahan ‘Royal Icing’ :
2 sudu besar Serbuk putih telur kering
400 gm Gula aising
100 gm Air
1 sudu besar Cuka
Pewarna makanan

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan Biskut Mentega untuk membuat biskut mentega dan gaul sebati.
  2. Rehatkan adunan dalam peti ais (chiller) selama satu jam.
  3. Selepas direhatkan, canai adunan setebal 4 mm.
  4. Gunakan acuan berbentuk Arnab dan terapkan pada adunan yang telah dicanai.
  5. Untuk membuat ‘Royal Ising’, gaul sebati serbuk putih telur kering dengan gula aising.
  6. Masukkan air dan cuka secukupnya.
  7. Warnakan mengikut warna kesukaan menggunakan pewarna makanan yang dibenarkan.
  8. Boleh mendeko dengan muka Arnab yang cute.
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x