fbpx

Senang Je Nak Buat Donat Super Gebu Bak Kapas Dan Tak Berminyak. Guna Resipi Yang Sama Untuk Cakoi Dan Pau.

iCookAsia

Banyak resipi donut yang dikongsikan di laman web dan setiap satunya ada peminat tersendiri. Ada yang sukakan donut padat dan ada juga sukakan yang gebu dan ringan.

Adunan donut yang dikongsikan Mohd Kholil Musa ini juga boleh digunakan untuk membuat cakoi, bomboloni, pau dan burger Malaysia. Kalau nak rasa donut super gebu, elastik dan tak berminyak, cubalah resipi di bawah.

Menurutnya, rahsia utama menghasilkan donut kembang setaman dan super lembut ialah dengan menguli doh tersebut selembut mungkin. Namun jangan terlalu lembut sehingga hancur bila dipegang. Sewaktu menguli, uli sehingga doh kelihatan licin. Dengan mengikut resipi ini, tidak perlu lagi menggunakan tepung roti atau serbuk improver.

#UsahaTanggaKejayaanMendonat

 

Bahan :

1¹/² sudu besar Yis kering

3 sudu besar Susu pekat

1/3 sudu kecil Garam halus

3/4 cawan Air suam

2 cawan Tepung gandum

1 sudu besar Marjerin

1 sudu besar Minyak masak

 

Cara :

  1. Campurkan air suam (sedikit panas untuk aktifkan yis) bersama susu, garam dan yis. Kacau sebati. Biarkan yis mengembang dalam 5 hingga 10 minit.
  2. Sementara itu dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, marjerin dan minyak. Gaul sebati. Apabila yis mula mengembang, masukkan ke dalam adunan tepung dan mula menguli. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan dan doh kelihatan licin. Ini bermakna doh digaul sebati dan inilah KUNCI RAHSIA untuk donut kelihatan gebu dan cantik.
  3. Rehatkan doh selama 15 hingga 20 minit sehingga kembang.
  4. Setelah kembang, tumbuk doh untuk keluarkan angin dan boleh mula membentuk donut. Terpulang untuk membuat donut, bomboloni, cakoi, pau atau burger Malaysia kerana semuanya daripada doh yang sama.
  5. Goreng dengan api perlahan dan jangan kerap terbalikkan donut kerana ia akan menyerap minyak.

Kredit resipi & foto : Mohd Kholil Musa

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x