fbpx

Senang Sahaja Rupanya Cara Nak Buat Tauhu Telur Ni

iCookAsia

Pernah makan Tauhu Telur? Senang sahaja tau cara nak buat hidangan ini. Bukan itu sahaja, confirm tak cukup kalau makan sikit sahaja hehe. Anda follow sahaja resepi ini, mesti menjadi. Admin pun nak cuba la.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Shahlizawati Rahman Shah perkongsian resipi Sup Tauhu Telur ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

4 ketul tauhu telur (potong ikut suka)

Sedikit tepung jagung (jangan bancuh air. Biar kering sahaja untuk sadur tauhu)

Bahan B:

2 biji bawang merah (hiris)

4 ulas bawang putih (ketuk dan cincang)

2 hiris halia (cincang)

4 biji cili padi (ketuk)

1 biji telur

Isi ayam sikit

1 sudu kecil maggi cukup rasa

Cara membuat:

  1. Mula-mula, golek-golekan tauhu yang sudah dipotong dalam tepung jagung.
  2. Kemudian, goreng sekejap dan angkat.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
  4. Masukkan isi ayam dan cili padi.
  5. Apabila air ayam sudah kering masukkan air. Jika sudah gelegak pecahkan telur dan kacau-kacaukan. Curah dalam kuah.
  6. Selepas itu masukkan tauhu yang digoreng tadi. Kuatkan api.
  7. Bancuh 1 sudu tepung jagung dengan sikit air. Curah dalam kuah untuk bagi pekat.
  8. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan perasa kegemaran.

Nota tambahan:

  1. Perencah itu mengikut suka, kalau ada udang atau sotong kuah akan menjadi lagi manis.
  2. Semasa menumis, boleh letak sos tiram satu sudu kalau suka.
  3. Boleh pelbagaikan dengan sayuran.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Shahlizawati Rahman Shah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x