in ,

Serunding Halia. Resepi Yang Sangat Sesuai Untuk Orang Tengah Diet Atau Berpantang.

Ada yang tengah mengamalkan diet yang sihat atau para ibu yang sedang berpantang? Perkongsian resipi kali ini sangat sesuai untuk anda. Sebab apa, bahan Halia ini sangat sesuai untuk keluarkan angin. 

Serunding halia ini, boleh dimakan dengan nasi putih panas-panas dan dijadikan hidangan tambahan. Alaa, macam sambal belacan tu.. Membantu kan? Jom cuba!

Terima kasih Haryati Jumri untuk perkongsian resipi Serunding Halia ini 🙂

Cara penyediaan:

  1. Halia tua yang segar parut dengan penyagat.
  2. Ikan bilis mata biru di goreng.
  3. Lada hitam ditumbuk (agak-agak).
  4. Sedikit tepung beras gaul dekat halia.
  5. Minyak masak untuk menggoreng.
  6. Goreng halia sampai kuning. Angkat dan tos. Lap pakai tisu dapur sampai tak ada minyak.
  7. Goreng ikan bilis dan gaulkan semua bahan-bahan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Haryati Jumri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0