in ,

Siakap Kukus Halia Asam Boi

SIAKAP KUKUS HALIA ASAM BOI

Bahan-bahan:3-4 biji asam boi putih ¼ cawan air panas1 ekor ikan siakap2 inci halia muda} ½ batang lobak merah} dihiris halus memanjang ¼ labu bawang besar}½ cawan tomato ceri, dibelah 25-6 tangkai daun ketumbarGula secukup rasa 

Bahan Kisar3 batang akar ketumbar3 biji cili hijau2-3 biji cili padi hijau2 ulas bawang putih2 sudu besar jus limau nipis

Bahan Sos3 sudu besar ADABI Seafood Flavoured Sauce1 sudu besar ADABI kicap masin

Cara membuat:

  1. Rendam asam boi dan air panas sehingga kembang.

  2. Potong halia, lobak merah, bawang besar dan tomato ceri.

  3. Potong akar ketumbar, cili hijau, cili padi hijau dan bawang putih.

  4. Ambil asam boi, potong sedikit isinya.

  5. Kisar air rendaman asam boi dengan bahan kisar sehingga halus.

  6. Campurkan dengan isi asam boi, bahan sos dan gula. Ketepikan.

  7. Letak kertas aluminium dan kertas kalis minyak di dalam pengukus.

  8. Sudukan sedikit campuran bahan kisar.

  9. Letak ikan di atasnya.

  10. Sudukan baki campuran bahan kisar ke seluruh ikan.

  11. Letak asam boi di atas ikan.

  12. Taburkan halia, lobak merah, bawang besar dan tomato ceri.

  13. Kukus selama 15 minit atau sehingga ikan masak.

  14. Taburkan daun ketumbar dan hidangkan.

Written by Adabi®

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0