in , , ,

Siapa Rindu Nak Makan Pad Kra Pao Gai. Jom Ikut Resipi Original Dari Thailand Ni. Confirm Terangkat

Pad Kra Pao ini antara hidangan popular di Thailand dan wajib makan jika berkunjung ke sana. Namun entahkan bila dapat berkunjung dengan situasi Covid-19 yang melanda, cuba ikut resipi perkongsian Ella Hamzah. Jelasnya resipi ini diperolehi daripada seorang sahabat di Thailand. Sedap giler okay!

 

Bahan :

300 gm Isi ayam – potong kecil atau cincang

1/2 labu Bawang putih

10 biji Lada merah siam

100 gm Daun kemangi – lagi banyak lagi sedap

Sos tiram

Kicap sotong

Kicap pekat manis

Garam / Pati ayam

 

Cara :

  1. Tumbuk bawang putih dan lada merah siam tetapi jangan sampai lumat.
  2. Tumis bahan tumbuk sebentar dan kemudian masukkan ayam. Gaul rata.
  3. Masukkan sos tiram, kicap sotong, kicap pekat manis sedikit dan garam. Jika letakkan pati ayam, tak perlu letakkan garam.
  4. Akhir sekali masukkan daun kemangi.
  5. Pilihan – nak masukkan bawang besar pun boleh. Tak mahu tiada masalah.

Kredit resipi & foto : Ella Hamzah

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0