fbpx

Snack Buat Orang Tengah Diet. Buat Jejari Roti Rangup Serbuk Parsley Dan Seaweed Ala Makanan di Hotel. Sedap…

iCookAsia

Jejari Roti Rangup ini sangat senang hendak dibuat. Pilihan ‘snack’ yang perfect untuk keluarga pada minum petang. Nak letak perisa apa apa pun boleh, mengikut citarasa sendiri. Buat perisa untuk diet pun apa salahnya kan? Jom cuba!

Terima kasih Kuali Helena untuk perkongsian resipi Jejari Roti Rangup ini 🙂

Bahan-bahan:

4 keping roti tawar

Butter atau Marjerin

Aonori Ko (serbuk seaweed)

Cara membuat:

  1. Sapu roti dengan butter atau marjerin.
  2. Taburkan serbuk seaweed atau serbuk parsley.
  3. Gunting kepada 4 bahagian memanjang.
  4. Bakar dengan suhu 170 c sehingga rangup.

Nota:

Kalau takda serbuk seaweed boleh tukarkan kepada serbuk parsley.

Bagi anda yang tidak mahu diet tu, boleh tukar serbuk seaweed/serbuk parsley kepada gula.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Kuali Helena (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x