in , , ,

Soto Kaw Ala Madura. Resepi Gerenti Jadi

Siapa pernah merasai kenikmatan Soto Madura pasti masih terngiang-ngiang di kepala betapa lazatnya saat menghirup kuah pekat dan penuh dengan letupan rasa.

Jelas Bam Azimad, resepi yang diperoleh 20 tahun lepas ini merupakan resepi asal Chef Wan. Jadi tidak perlu diragui lagi tahap kelazatannya.

Pernah tak makan soto di kedai atau di mana2 majlis.. kuah sotonya jernih macam kuah sup biasa.

“Mari sini makcik nak kongsi resepi soto yg pekat & kaW  kuahnya.  Ala-ala Soto Madura gitu.  Soto Madura pun korang tak pernah rasa agaknya.

“Ini resepi Chef Wan yg makcik salin drpd suratkhabar lebih kurang 20 tahun dulu. Kalau buat meniaga In Syaa Allah ramai pelanggan datang.

 

Bahan:

1/2 ekor ayam

10 biji bawang merah*

5 biji bawang putih*

3 batang serai*

2 inci kunyit*

1 inci lengkuas*

2 inci halia*

1 bungkus rempah sup (yang kecik)

Rempah tumis – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & cengkih

1/4 cawan santan

 

Cara :

1.Kisar yang bertanda * dan gaul dengan rempah sup (A)

2.Tumis bahan A, masukkan sedikit air.

3.Dah garing, masukkan santan.

4.Masukkan ayam dan air.

5.Masaklah sampai didih, letak garam. Gula bolehlah letak sesudu kecik sebagai penambah rasa. Nak lagi sedap letak seketul stok ayam.

Itu je.. senangkan.  Tak payahlah susah-susah cari pembaris nak ukur kunyit, halia, lengkuas tu. Agak2 ajelah kan masing-masing lulus matematik.

Cara buat pergedil daging & sambal kicap google sendiri kalau tak pandai buat.

Sekian, terima kasih.

Sumber : Bam Azimad

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0