fbpx

Sotong Mamak Nasi Kandar. Gerenti Tak Cari Makan Dekat Kedai Lagi.

iCookAsia

Resipi Sotong Mamak Nasi Kandar ini merupakan hasil perkongsian Riza Molinda. Jadi selepas ini bolehlah kurang-kurangkan makan di luar. Kalau masak sendiri lebih terjamin kebersihan kan?

Resipi asal daripada Mimpi Lann

 

Bahan :

1 kg Sotong – cuci dan toskan

2 sb Rempah kari ikan/ daging

2 senduk Sos cili

Bawang besar – hiris bulat

Tomato – belah 4

Daun sup – hiasan

 

Bahan kisar :

Bawang besar

Bawang putih

3 biji Cili merah

5 tangkai Cili kering

6 biji Cili padi

1/2 cm Lengkuas

1 cm Halia

1/2 batang Serai

 

Bahan tumis :

Bawang besar – hiris

Bawang putih – hiris

3 biji Cili merah – hiris

4 biji Cili padi – hiris

Halia – hiris

Daun kari

Halba campur

 

Cara :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan untuk menumis tadi sehingga bawang layu.
  2. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau rata sebentar. Jangan sampai hangit kerana nanti tidak sedap.
  3. Selepas itu baru masukkan bahan yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak. Biarkan kering pun tidak mengapa kerana nanti akan masukkan sotong dan keluar air sotong.
  4. Masukkan sos cili, garam dan sos tiram. Gaul rata dan masukkan sotong. Kuatkan api.
  5. Kacau selalu supaya tidak hangit di bahagian bawah. Jangan masak terlalu lama kerana sotong akan liat.
  6. Masukkan bawang besar, tomato yang dibelah dengan daun sup. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto : Riza Molinda

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x