fbpx

Sotong Masak Hitam

iCookAsia

Resepi ini diambil daripada buku Citarasa Johor hasil kerja daripada Datin Kalsom dan Datin Hamidah (Adek). Buku ini telah memenangi “Best in the World” dalam kategori Culinary Heritage di Gourmand International World Cookbook Awards 2015.

Anda boleh mendapatkan buku ini dengan cara berhubung dengan kami di Facebook iCookAsia https://www.facebook.com/icookasia

Anda juga boleh menikmati hidangan ini di Restoran Selasih, Johor Bahru. Sila hubungi +607-219 9999 atau emel [email protected] untuk membuat tempahan.

Bahan-bahan:
1 kg sotong sederhana besar
½ cawan minyak masak
1 biji bawang besar – belah 4 dihiris membulat
4 ulas bawang putih – dimayang
3 cm halia – dimayang
2 cm kunyit – dimayang
2 batang serai – dititik
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 sudu besar asam jawa
Pundi tinta sotong
2 biji lada hijau – dimayang
½ cawan air
1 helai daun kunyit – disiat-siat
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Cara membuat:
1. Bersihkan sotong, kumpulkan pundi tinta hitam dan potong sotong bulat-bulat melintang
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar, bahan-bahan yang diracik dan serai sampai naik bau.
3. Masukkan baki bahan-bahan berikutnya termasuk pundi tinta hitam sotong dan didihkan
4. Kecilkan api sebelum memasukkan sotong.
5. Masak sampai naik minyak dan sotong cantik disaluti dengan kuah tinta hitam

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x