fbpx

Sotong Salted Egg. Macam Ni Caranya Nak Buat Tepung Melekat Dekat Sotong

iCookAsia

Masalah paling utama kalau nak buat sotong salut tepung ialah, sotong ntah ke mana, tepung ntah ke mana. Dua-duanya mesti terpisah kan. Caranya senang sahaja, sotong harus ditos sehingga kering dan lapkan dengan tisu sehingga betul-betul kering.

Selepas itu, minyak harus banyak dan api kena besar. Barulah sotong masak cantik melekat.

Bahan :
1 kg sotong bersihkan dan hiris bulat
1 paket tepung tempura bestari

Cara :
1. Masukkan satu cawan tepung ke dalam bekas dan bancuh bersama air, biar hasil adunan pekat agar boleh menyaluti sotong
2. Perap sotong dalam adunan tepung basah, angkat dan gaul dlm bekas berisi tepung kering. Goreng hingga masak.

Bahan salutan:
3 sudu besar Marjerin Pelangi
3 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
4 sudu besar nestum
3 sudu besar penuh serbuk salted egg
Setengah tin susu krimer sejat SAJI
5 biji cili padi dihiris

Cara :
1. Cairkan marjerin lalu tumis daun kari, daun pandan dan cili padi sehingga terbit bau.

2. Masukkan sotong goreng dan kacau sebati. Apabila terbit bau, masukkan susu cair dan kacau hingga rata diikuti serbuk salted egg. Sebatikan dan siap untuk dihidang.

 

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x