fbpx

Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam, Siap Dengan Ayam Grill. Gabungan Rasa Berkrim Dan Pedas, Memang Power.

iCookAsia

Untuk masakan, jangan duduk di takuk yang sama. Selagi tekak boleh menerima, apa salahnya pelbagaikan rasa. Jika sebelum ini kalau masak spaghetti, kita hanya mengikut stail yang sama. Jadi ambil risiko dan gabungkan dengan sentuhan masam pedas tomyam. Memang terangkat.

Bahan :

2 sudu besar buttercup

5 ulas bawang putih – cincang halus

Cendawan butang

Cili padi – ikut tahap kepedasan

2 kotak kecil cooking cream brand Emborg/susu cair 400ml

2 sudu besar pes tomyam

Udang

Daun limau purut

Spaghetti – rebus dulu selama 10 minit

 

Cara :

1. Cairkan buttercup. Tumis bawang putih sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan cendawan butang.

3. Masukkan cooking cream. Jika tiada,  boleh gunakan susu cair. Lebihkan jika suka masakan berkuah.

4. Masukkan 2 sudu besar pes tomyam.

5. Kemudian masukkan 1 sudu besar susu pekat. Ini untuk buatkan kuah lebih creamy. Kalau tak nak letak pun tak apa. Kacau sebati.

6. Masukkan udang/sotong/ayam. Kemudian masukkan cili padi.

7. Masukkan spaghetti dan daun limau purut. Gaul sebati dan siap!

8. Tidak perlu letakkan gula dan garam kerana pes tomyam dan susu pekat sudah sempurnakan rasa.

 

Resipi ayam grilled :

Perap isi ayam dengan :

5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk

2 sudu besar sos tiram

Serbuk lada hitam + mixed herbs.

*Lagi lama perap, lagi sedap. Boleh grill guna magic pan/air fryer.

Sumber : Aien Mohamad

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x