in

Spicy Szechuan Chicken. Hidangan Lengkap Paling Sempurna

Lengkap satu hidangan di atas meja, Ayam Masak Szechuan. Szechuan ialah gaya masakan Cina yang berasal dari wilayah Sichuan di barat daya China. Ia mempunyai rasa kuat, terutamanya ketajaman dan kepedasan yang disebabkan daripada penggunaan bawang putih dan cili, serta rasa yang unik daripada lada Sichuan.

Bahan :
400 Gm Isi Ayam (Dipotong Dadu)
1 Biji Telur
1 Sudu Besar Sos Tiram SAJI
1 Sudu Kecil Lada Putih
1 Sudu Kecil Garam
1 Cawan Tepung Jagung
100 Gm Kacang Gajus (Siap Dibakar)
½ Labu Bawang Holland (Dipotong Wedges)
4 Bawang Putih (Diketuk)
2 Inci Halia (Dipotong Mancis)
½ Biji Capsicum Merah (Dipotong Tiga Segi)
½ Biji Capsicum Hijau (Dipotong Tiga Segi)
½ Biji Capsicum Kuning (Dipotong Tiga Segi)
6 Batang Cili Kering (Dipotong 2cm)
2 Sudu Besar Besar Sos Tiram SAJI
1 Sudu Kicap Lemak Manis SAJI
1 Sudu Kecil Lada Szechuan/ Lada Hitam (Diblend Kasar)
Sedikit Air
Minyak Masak ADELA Gold
Garam Dan Gula Secukup Rasa

Cara :
1. Gaul isi ayam bersama sos tiram, lada sulah, garam dan telur.
2. Sadurkan dengan tepung jagung, kemudian goreng dalam minyak yang panas sampai kuning keemasan. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali yang lain, tumis cili kering hingga naik bau, kemudian masukkan bawang, bawang putih dan halia hiris.
4. Masukkan 3 warna capsicum tadi, kacau goreng sebentar.
5. Masukkan sedikit air kemudian masukkan sos tiram, kicap lemak manis dan lada szechuan/lada hitam tadi.
6. Perasakan dengan garam dan gula kemudian kacau hingga pekat.
7. Siap untuk dihidang.

 

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0