in , , ,

Stok Garam Kunyit Original Petua Nenek. Yang Digoreng Jadi Lebih Sedap. Tak Perlu Simpan Dalam Peti Ais, Tahan Lama.

Patutlah masakan orang dulu-dulu lain macam sedap kan, semua bahan yang digunakan asli dan cukup segala perasa.

Malah, dulu jika menggoreng, mereka hanya gunakan garam kunyit yang dibuat secara asli dan boleh bertahan lebih daripada lima bulan.

Apa yang pasti, jangan campurkan halia kerana hasil gorengan akan menjadi hitam dan tidak cantik. Gantikan halia dengan cuka.

Tugasan hari ni.. Stock Garam Kunyit utk 5 6 bulan (mungkin lebih). Untuk mudahkan kerja.. Cara arwah nenek. Memang buat garam kunyit mudah, xperlu nk buat stok, hy letak garam n kunyit je.. tp bg sy utk buat garam kunyit yg sedap..perlu tumbuk kunyit hidup, bwg putih bukan kunyit debu n garam semata.. bab tumbuk2 ni yg leceh.. sbb tu sy suka buat stock byk.

Tak perlu letak dlm peti.

Tak berkulat n Tahan lama

*Ramai yg btanyakan resepi.. sy sharekan resepinya ye.. macm buat garam kunyit biasa.. sukatanya sya agak2.. nnt boleh adjust ikut selera masing2 ye.”

 

Bahan

500g Bawang putih*

400g Kunyit hidup*

2 cawan Cuka*

500g Serbuk kunyit

700g Garam halus

Ajinomoto (pilihan)

 

Cara :

1.Kisar bahan * sehingga hancur. Gunakan pengisar basah, tidak perlu tambah air.
2.Kemudian masukkan ke dalam bekas/besen, masukkan serbuk kunyit, garam halus dan perasa dan kacau guna senduk hingga sebati.
3.Saya tidak letak halia kerana halia akan buat gorengan jadi hitam. Cuka fungsinya untuk gantikan halia dan untuk menghilangkan hanyir ayam, ikan dan daging.

Sumber : Rosma Aini Kak Atie

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0