fbpx

Stok Kuah Rojak Buat Sendiri Dirumah Sebanyak 5 kg?! Kalau Buat Niaga, Confirm Laku!

iCookAsia

Tak ramai yang suka kuah rojak ini. Tapi kalau yang penggemar kuah rojak, memang nak cari yang rasa paling terbaik. Nak cari di luar sekarang memang susah. Apa kata anda ikut resipi kuah rojak homemade ini. Dengar kata memang sedap. Ada yang siap buat berniaga lagi. 

Terima kasih Cik Pooja untuk perkongsian resipi Kuah Rojak Homemade ini 🙂

Bahan-bahan:

Segenggam cili kering (dipotong dan dibuang bijinya dan dibasuh bersih dan direndam sekejap dengan air panas selama 5 minit dan kemudian ditoskan)

Belacan (guna belacan melaka, ikut suka nak letak banyak mana)

1 cawan gula merah (bukan gula perang)

3 cawan gula pasir

½ cawan kicap

5 sudu besar sos cili

3 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan ½ cawan air)

2 sudu besar garam (letak sedikit sahaja kalau takut masin)

2 sudu bijan

Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar kasar

Cara membuat:

  1. Cili, belacan, 1 cawan air dikisar hingga halus (masukkan dalam kuali).
  2. Gula merah dibancuh dengan secawan air dan ditapis (masukkan dalam kuali).
  3. Masukkan gula pasir.
  4. Masukkan kicap dan sos cili.
  5. Masak dulu semua bahan-bahan tadi sampai mendidih. Jaga-jaga sebab dia cepat meruap dan takut melimpah banjir pula. Kena selalu kacau-kacau kuah.
  6. Bila kuah sudah mendidih, masukkan garam secukupnya. Supaya balance rasa dia.
  7. Selepas itu, masukkan air bancuhan tepung jagung tadi dan kacau sebati. Masak hingga kuahnya agak pekat.

*Waktu ini memang kena kacau selalu dan guna api perlahan. 

  1. Barulah masukkan bijan dan kacang tanah yang telah dikisar. Kacang kisar yang lebih tu bila time nak makan, baru ditabur lagi atas rojak.
  2. Masak lagi hingga pekat hitam memikat. Siap untuk dihidang!

Nota:

*Tunggu sejuk baru boleh simpan dalam bekas.

*Kuah ni kalau betul-betul dimasak sempurna, boleh jadi ianya tidak basi.

*Simpan lama dalam peti sejuk. (simpan dalam suhu bilik pun okay. dia tidak akan basi jika dimasak betul-betul sempurna)

Amacam? Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Cik Pooja (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x