in ,

Suami Kaki Masak Ini Kongsi Cara Membuat Kuey Teow Goreng Cukup Bahan Dan Isi. Memang Puas Betul Kalau Makan Sorang Ni!

Hidangan Kuey Teow ini kebiasaannya, akan kita dapatkan di kedai atau di pasar malam jumaat. Rasa yang cukup enak dan  isi yang banyak memang susah nak dapat. Pada musim PKPB ini, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah. Mana tahu boleh cuba jual pada jiran-jiran terdekat pula? Resipi edisi niaga kali ni, hehe…

Terima kasih Emee Sham untuk perkongsian resipi Kuey Teow Goreng ini 🙂

Bahan-bahan:

Sebungkus kuey teow (leraikan)

5 ulas bawang putih (cincang halus)

10 ekor udang (buang kulit)

(Kulit udang direbus amik stok air rebusan)

Segenggam taugeh

Daun Kucai

Kicap cair

Isi kerang

Kicap Lemak manis

Sos tiram

Cili kisar

2 biji telur

 

Cara memasak:

  1. Goreng Telur dan hancurkan. Kemudian ketepikan dalam pinggan.
  2. Tumiskan bawang putih hingga keperangan.
  3. Selepas itu, masukkan isi udang dan biar seketika.
  4. Masukan cili kisar untuk ditumis sampai cili masak.
  5. Selepas itu, masukkan isi kerang, sos tiram, stok rebusan kulit udang, serta kicap cair masin. Kacau rata.
  6. Letakkan sedikit air, ikut kesukaan. Setelah mendidih, masukan kuey teow dan gaul rata sampai mesra.
  7. Kemudian, tuangkan kicap lemak manis dan gaul rata.
  8. Masukan telur yang telah digoreng tadi dan kacau rata. 
  9. Akhir sekali, kalau colour dah cantik..boleh letakkan tauge dan daun kucai. Gaul rata, tutup api dan siap untuk dihidang!

Mudah kan? Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Emee Sham (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0