in ,

Sup Sayur Tauhu Telur Untuk Bagi Badan Segar. Nak Kuah Lagi Pekat, Boleh Tambah Tepung Jagung Sahaja.

Jika anda pernah makan masakan Tauhu Telur, pasti anda juga akan suka perkongsian resipi pada hari ini. Penambahan sayur-sayuran dan juga isi ayam atau udang. 

Hidangan sup ini nampak sangat menyelerakan dan juga menyegarkan. Cukup sesuai jika anda perlukan makanan yang refreshing, lebih-lebih lagi jika anda dalam keadaan tidak sedap banda atau hampir demam. Seperti bubur, betul tak? Jom cuba. 

Terima kasih Khadijah Jaafar untuk perkongsian resipi Sup Sayur Tauhu Telur ini 🙂

Bahan-bahan:

2 pek tauhu telur – potong kecil

3 ulas bawang putih

1/6 bawang holland 

Isi ayam/udang

1 kiub perisa ayam

Brokoli

Bunga kobis

Lobak merah

1 sudu kecil sos tiram

1/4 sudu kecil serbuk lada putih

Garam

Cara membuat:


1. Goreng tauhu.


2. Tumbuk bawang putih & bawang besar holland. Nk guna bawang merah pun boleh, tapi bagi saya guna bawang holland rasanya lebih sedap.


3. Tumis bawang hingga naik bau.

4. Masukkan air isi ayam/udang dan kiub ayam.


5. Biarkan mendidih masukkan sayur dan tauhu. Kalau suka sayur tu lembut, masukkan sayur dahulu. Saya suka sayurnya tak terlalu lembut, jadi saya masukkan sekali dengan tauhu.

6. Masukkan sos tiram, serbuk lada putih dan perasankan dengan garam. Kalau suka pekat boleh tambahkan air bancuhan tepung jagung.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Khadijah Jaafar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0