fbpx

Sup Tulang Ala Thai, Resepi Yang Memuaskan Dan Rasa Yang Padu

iCookAsia

Kebiasaannya banyak hidangan berasaskan daging akan ada bila tibanya musim korban. Tapi boleh sahaja buat Sup Tulang Ala Thai ini. Dengan daging yang lembut, lagi nikmat nak makan. Digandingkan dengan nasi panas, memang perfect.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Tg Khuzanika perkongsian resipi Sup Tulang Ala Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

1 kg tulang

Sup bunjut

4 sekawan                                      

2 inci halia (mayang)

Bawang putih (mayang)

Bawang merah (mayang)

1 labu bawang besar (potong wedges)

2 batang serai (ketuk)

1/2 inci lengkuas (mayang )

15 biji lada hitam (ditumbuk)       

Daun sup dan daun bawang

Cili padi (diketuk)

Garam/aji atau secukup rasa

Air limau nipis secukupnya

Carrot, tomato, kentang, batang celery (Ikut selera)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan tulang ke dalam periuk.
  2. Letak air. Masukkan sup bunjut, garam, aji atau secukup rasa, halia, serai dan lengkuas. Rebus sampai air menggelegak.
  3. Tumis 4 skawan. Jika sudah wangi, masukkan ke dalam kuah yang menggelegak tadi. Tutup periuk.
  4. Kemudian, tumis bawang besar dan apabila layu masukkan dalam periuk.
  5. Tumis bawang putih, jika sudah wangi, letakkan dalam kuah tadi. Tutup semula periuk.
  6. Tumis bawang merah. Jika sudah wangi dan kelihatan kekuningan, letak dalam kuah tadi. Simpan sikit untuk diletakkan semasa menghidang.
  7. Masukkan lada hitam dan lada putih. Jika sudah empuk, letak air limau nipis. Boleh letak terus untuk mendapatkan rasa yang sedap bila makan nanti. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tg Khuzanika(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x