fbpx

Supermoist Orange Cake Guna Reverse Method. Kek Selembut Baldu Dan Sangat Moist.

iCookAsia

Menurut Chef Saiful Azli Suhaimi, kek yang dihasilkan menggunakan ‘Reverse Method’ akan menghasilkan kek yang mempunyai tekstur seperti baldu namun sangat lembut dan moist.

Reverse method merupakan method di mana butter akan dimasukkan ke dalam bahan kering dan baru dipukul sehingga menjadi serbuk roti. Kaedah ini juga akan menghasilkan kek yang flat di bahagian atas berbanding creaming method yang mempunyai ‘dome’ di bahagian atas.

Ikuti perkongsian Chef Saiful :

“This few day’s saya ada terserempak beberapa kali di blok’ flat ‘ yang saya tinggal sewaktu nak ke office. Family dari Australia ni cukup friendly. Biasa terserempak di indoor parking.. sebab kami di level yang sama. Kelmarin sembang punya sembang… wife dia kata.. dia craving for kek nenek dia yang moist dan full dgn orange flavor.. dia kata tak sama mcm kek2 kat kedai… walaupun moist.. tapi dry a bit… kek yg nenek dia buat.. moist, tekstur rapat tapi lembut.. and velvety..

Saya dapat tangkap.. kek apa yang dia maksudkan.. and method yang digunakan adalah ” REVERSE METHOD “.. so petang ni rezeki dia dari jiran yang baru kenal…

Reverse method adalah method dimana butter dimasukkan kedalam bahan kering dan baru dipukul.

Kek yang menggunakan reverse method akan menghasilkan kek yang velvety tekstur tapi lembut serta sangat  moist berbanding creaming method.. kek agak fluffy

Reverse method juga akan menghasilkan kek yang flat dibahagian atas manakala creaming method agak dome bahagian atas.”

Loyang :

9 x 9 ( kek rendah )

8 x 8 ( kek tinggi sikit )

 

Bahan :

290 gm Tepung superfine

300 gm Gula ( boleh kurangkan ke 250 )

1/2 sk Garam

2 1/2 sk Baking powder

180 gm Butter

4 biji Telur gred A

200 gm Buttermilk

1/2 cawan Susu

1 sb Orange sunquick

1 biji Zest orange

 

Cara :

  1. Masukkan tepung yang telah diayak. Kemudian masukkan gula kastor dan gaul sebati. Putar sebati dengan kelajuan perlahan.
  2. Masukkan butter yang telah dipotong kecil. Putar sehingga menjadi crumble atau serbuk roti.
  3. Masukkan pula bahan cecair dan putar sebati. Kacau dan pastikan sehingga tiada ketulan dalam adunan.
  4. Lapik loyang dengan baking paper dan tuang adunan.
  5. Bakar adunan pada suhu 170c selama 30 hingga 40 minit mengikut ketuhar masing-masing.

https://www.facebook.com/100003048009089/videos/pcb.3392610127517221/3392604677517766

Kredit resipi & foto : Chef Saiful Azli Suhaimi

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x