fbpx

Susah Nak Cari Daun Pisang. Boleh Je Buat Lepat Cendol Versi Acuan Lompang Ini. Sedap!

iCookAsia

Kreatif betul orang sekarang. Kalau tiada satu bahan, boleh ubah suai resipi ikut cara masing-masing. Hasilnya pula sedap. Seperti seorang pengguna Facebook ini, daun pisang tak ada. Kemudian, buat dengan menggunakan acuan lompang sahaja. Mudahkan?

Terima kasih Hanna Rahman untuk perkongsian resipi Lepat Cendol Versi Acuan Lompang ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan tepung jagung

2 sudu besar tepung hoen kwe

1 cawan gula

5 1/2 cawan santan (“saya pakai santan kara kotak kecil, bancuh dengan air, nak guna santan fresh pun boleh”)

1 sudu kecil garam

Daun pandan (disimpul)

1 paket kecil cendol

1 tin kacang merah 1

Cara membuat:

  1. Basuh cendol dan kacang merah, dan toskan.
  2. Satukan semua bahan kecuali cendol dan kacang merah.
  3. Kacau semua bahan sehingga sebati dan tiada ketulan.
  4. Masak menggunakan api kecil sehingga pekat dan berbuih letup-letup. Sentiasa kacau agar adunan tak berketul.
  5. Masukkan cendol dan kacang merah.
  6. Tutup api dan boleh tuang dalam acuan.
  7. Sejukkan dan sedia dimakan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hanna Rahman (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x