fbpx

Tak Ada Loyang, Guna Tupperware Biasa Untuk Kukus Buat Kuih Seri Muka Pandan Ni. Sedapnya…

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak suka kuih tradisi Kuih Seri Muka Pandan ini. Warna hijau asli daripada Daun Pandan memang cantik dan mengharumkan. Tapi ada sesetengah orang akan tambahkan pewarna bagi lebih nampak hijau terang. 

Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau menggunakan setitis pewarna epal dalam masakan. Juga, beliau kongsikan cara mudah jika anda tiada loyang sesuai untuk dibuat kukus. Guna je tupperware sedia ada di rumah. Masih menjadi tau!

Terima kasih Eniza M. Salim untuk perkongsian resipi Kuih Seri Muka Pandan ini 🙂

Bahan untuk lapisan bawah:

3 cawan pulut

2 cawan santan

Secubit garam

Caranya:

  1. Cuci pulut, toskan, masukkan santan dan garam. 
  2. Kukus dalam talam selama 25 minit. Kemudian angkat dan penyek-penyekkan bagi padat.

Bahan untuk Lapisan atas (tepung):

1 cawan tepung gandum

2 cawan santan

1 cawan gula pasir

½ cawan air pandan (kisar daun pandan) bersama setitis dua pewarna hijau epal

1 sudu besar tepung jagung

2 biji telur

Secubit garam

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan dan kisar hingga adunan halus.
  2. Kemudian tapis dan masukkan kedalam pulut yang telah dipadatkan.
  3. Kukus 30 minit.

*Boleh guna cawan apa-apa jenis, asalkan sukatan guna cawan yang sama.

*Untuk pulut, guna pulut susu (rendam sekejap kemudian toskan baru campur santan, garam dan kukus).

*Kukus pulut berasingan kemudian baru letak dalam bekas dan tekan-tekan bagi padat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eniza M. Salim (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x