in , , ,

Tak Payah Balik Penang, Buat Je Kueteaw Theng Sendiri Di Rumah. Mudah Je Bahan Dia, Tak Perlu Serabut Kepala.

Melihatkan gambar pun boleh terliur, memang menarik menu Kueteaw Theng perkongsian Nur Hafizah Yusoff. Rasa sup yang ringan namun disempurnakan dengan bahan-bahan sampingan lain, sekali makan memang tak puas.

Resipi ini menggunakan bahan-bahan yang mudah tidak seperti yang lain, jadi lebih senanglah nak buat sendiri di rumah.

 

Bahan Sup :

Air

Ayam – dada dan tulang

4-5 potongan Sengkuang kecil

4 biji kecil Gula Batu

Lada Putih

1 ketul Kiub pati ayam

Garam

Minyak bawang putih

 

Cara :

  1. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam bahagian tulang dan dada.
  2. Kemudian masukkan sengkuang kecil, gula batu, garam, lada putih dan kiub pati ayam.
  3. Biarkan mendidih dan masak sehingga ayam empuk.
  4. Keluarkan dada ayam dan biarkan sejuk. Kemudian carik isinya.
  5. Cara buat minyak bawang putih. Cincang satu labu bawang putih dan panaskan minyak yang banyak. Masukkan bawang dan goreng sehingga garing. Letakkan dalam bekas.
  6. Cara buat sambal. Masukkan satu senduk cili kering yang dikisar bersama bawang besar. Kemudian masukkan dua sudu besar serbuk cili kering babas dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan perasakan dengan gula dan garam. Masak sehingga pecah minyak dan kering.

 

Bahan lain :

Fish cake – bilas dengan air panas dan hiris

Bebola ikan – bilas dengan air panas dan hiris

Daun bawang

Daun sup

Kueteaw – bilas dengan air panas

Kredit resipi & foto : Nur Hafizah Yusoff

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0