in ,

Tak Perlu Beli Di Luar Dah. Buat Sendiri Air Soya, Lagi Dapat Banyak Khasiat. Lega Tekak… Resepi #Ramadan

Kes semakin hari, semakin merisaukan. Jadi, segala aktiviti di luar, dikurangkan. Maklumlah, untuk mengambil langkah lebih selamat, jadi beli siap-siap barang dan buat sahaja di rumah. 

Seperti resipi kali ini. Jarang dibuat sendiri di rumah. Proses pembuatan pun harus teliti. Tapi, hasilnya memang sedap betul. Tak perlu berebut pergi Bazaar di luar semasa bulan puasa ini. 

Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Air Soya ini 🙂

Bahan-bahan:

Kacang soya

Gula

Daun pandan

Cara penyediaan:


1. Cuci dan rendam kacang soya 4-5 jam atau hingga kembang. Boleh rendam sebelum tidur untuk masak keesokkan harinya.

2. Ulang cuci. Buang kulit-kulit yang tertanggal. Toskan.


3. Langkah ini PENTING. Blend kacang soya dengan air. Nisbah 1 cawan kacang soya, 3 cawan air. Masukkan air sikit-sikit.


4. Tapis guna penapis kain. Masak air soya dengan daun pandan. Api sederhana je.
Masak sampai nak mula mendidih. Tutup api.


5. Masukkan gula ikut kemanisan yang anda nak. Kacau sampai gula larut.

*Untuk 250g kacang soya, boleh dapat 2 liter air soya. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0