fbpx

Tak Perlu Ke Penang Dah, Buat Sendiri Ayam Masak Bawang Ni. Rasa Macam Dekat Kedai Mamak.

iCookAsia

Disebabkan musim pandemik Covid-19 ini, kedai dan restoran hanya dibenarkan take-away sahaja, maka anda pun pasti rindu makanan dan masakan di kedai mamak kan? Nak bungkus, macam tidak nikmat pula. Nak ke Penang, apatah lagi, pasti tidak boleh. 

Disini Admin kongsikan satu resepi yang sangat sama rasanya seperti di kedai mamak. Kalau rindu ke Penang tu, boleh sangat untuk cuba resepi ini. Jom try!

Terima kasih Che Atie untuk perkongsian resipi Ayam Masak Bawang ini 🙂

Cara memasak:

1. Bahan hiris selabu bawang besar. Daun pandan hiris 4 dan daun kari.

2. Goreng bawang merah selabu tadi sehingga kekuningan.

3. Minyak goreng bawang tadi guna goreng ayam yang digaul garam kunyit. 

4. Goreng ayam 3 per 4 masak.

5. Ambil minyak goreng tadi, 1 senduk untuk tumisan. Goreng 4 sekawan. Daun pandan dan daun kari.

6. Masuk pes bawang putih halia dan kacau. 

7. Masuk bawang besar 1 labu yang di blend dengan air, masuk bawang dulu kemudian baru masuk air bawang untuk kuah.

8. Masuk 2 sudu serbuk cili, 1 sudu kecil jintan putih, 1 sudu kecil serbuk jintan manis, 1 sudu kecil serbuk kari daging, 1 sudu serbuk kunyit, dan setengah sudu garam masala.

9. Masuk, 1 sudu sos tomato, sos cili dan sos tiram.

10. Garam dan gula perang secukup rasa. Nak pakai gula biasa pun boleh. Garam jangan banyak sangat sebab ayam tadi dah goreng garam kunyit kan. Kacau dan biar kuah pekat. 

11. Masuk ayam yang digoreng tadi kacau sebati.

12. Akhir sekali, masuk bawang goreng yang goreng  tadi. Kacau sebati. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Che Atie (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x