fbpx

Tak Perlu Risau Soal Halal Dan Bersih, Buat Sendiri Je Egg Noodles. Sedap Makan Dengan Chili Oil

iCookAsia

Masalah apabila membeli mee kuning di luar ialah soal kebersihan dan kandungan yang digunakan. Namun kadang kala kita tidak begitu rajin nak membuatnya kerana memikirkan alatan dan mesin untuk menguli.

Dan untuk artikel kali ini, min akan kongsikan resipi mee telur hasil perkongsian Zurina Zulkefli. Cara penyediaannya cukup mudah, hanya tiga bahan diperlukan. Cuma perlukan kekuatan tangan untuk mengulinya. Dan dilengkapkan bersama sup ayam dan chili oil.

 

Bahan:

1 cawan Tepung Gandum

1 biji Telur

Secubit garam

 

Cara :

  1. Campurkan ketiga-tiga bahan bersama dan uli sehingga membentuk doh. Tambahkan air jika perlu.
  2. Selepas itu, biarkan seketika selama 30 minit di dalam peti ais. Tutup doh dengan kain.
  3. Kemudian keluarkan dan rehatkan lagi selama 15 minit.
  4. Setelah itu, keluarkan doh dan uli.
  5. Taburkan tepung gandum kemudian leperkan dan canai doh sehingga menjadi nipis seperti kain.
  6. Potong doh tadi secara memanjang dan rebus selama 10 minit atau lebih.
  7. Angkat mee tadi, basuh dan toskan.
  8. Hidang bersama sup ayam, hirisan daun bawang dan chili oil.

Sup Ayam :

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis hirisan :

– 2 biji bawang kecil

– 2 ulas bawang putih

– 2 hirisan halia

  1. Masukkan air dan seikat sup bunjut ikan. Biarkan mendidih.
  2. Selepas itu, masukkan tulang ayam dan biarkan mereneh selama 40 minit. Perasakan dengan garam.
  3. Ambil bahagian sup jernih sahaja untuk dihidangkan bersama mee.

 

Chili Oil :

  1. Tumis bawang putih kemudian masukkan serbuk cili kering dan secubit garam. Gunakan minyak yang banyak.

 

Kredit resipi & foto : Zurina Zulkefli

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x