fbpx

Tak Sedap Badan Sebab Banyak Makan. Nak Turunkan Berat, Amalkan Air Detoks Ini. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Air detoks ini cukup sesuai diamalkan kerana ia melancarkan pencernaan dan melawaskan. Dan cukup sesuai andai korang berhajat nak kurangkan berat badan.

Apa lagi bila tiba bulan puasa, waktu berbuka, kadang kala kita terlebih makan sehingga tak sedap badan, amalkan minum di waktu malam dan sewaktu sahur, InsyaAllah badan rasa ringan dan selesa.

“Confirm angin kus2 berdesup2 keluar dari badan…

Ia juga bagus untuk pencernaan dan pelawasan…

Sesuai untuk sesiapa yang berhajat untuk kurangkan berat badan”

 

Bahan :

1 biji lemon – hiris

2 batang serai – diketuk

2 inci halia – hiris

Cara :

1. Rebus hirisan lemon, serai yang diketuk dan hirisan halia ke dalam setengah liter air.

2. Masak sehingga air rebusan tinggal dalam satu cawan sahaja.

3. Elok di minum sebelum sahur atau malam sebelum tidur. Minum semasa air dalam keadaan suam.

Sumber : Ani Zam

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x