fbpx

Talam Keladi Sukatan Cawan. Senangnya Je Untuk Dapatkan Permukaan Yang Licin Dan Cantik.

iCookAsia

Resipi Talam Keladi perkongsian Raini Adnan ini cukup menyelerakan dan mudah untuk disediakan, hanya menggunakan sukatan cawan.

 

Bahan lapisan bawah:

3 cawan Keladi – dipotong dadu dan direbus hingga empuk.

2 cawan Tepung beras

3 sudu besar Tepung ubi

1 1/2 sudu teh Garam halus

2 sudu besar Gula pasir

4 cawan Santan sederhana pekat

 

Cara :

  1. Sediakan loyang petak berukuran 10×10 inci atau loyang bulat 10 inci. Kemudian sapukan minyak dan alas loyang dengan plastik.
  2. Selepas itu masukkan keladi rebus dalam loyang dan ratakan.
  3. Dalam bekas lain, satukan tepung, garam dan gula. Bancuh dengan santan sehingga sebati. Tapis dan tuang ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan tuang dalam loyang berisi keladi tadi.
  4. Kukus selama 25 minit.

 

Bahan lapisan atas :

1 1/2 cawan Tepung gandum.

1 suku cawan Gula pasir

3 1/2 cawan Santan sederhana pekat

3 biji telur gred A @ B

1/2 sudu teh Garam halus

1 sudu besar perisa keladi

Pewarna ungu secukupnya

 

Cara :

  1. Satukan semua bahan dan bancuh sehingga sebati. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga naik wap. Pastikan sentiasa kacau adunan.
  3. Apabila adunan sudah naik wap, tuang ke dalam loyang keladi tadi. Garis-gariskan dahulu lapisan keladi tadi menggunakan garfu supaya lapisan atas kuih melekat dengan lapisan bawah kuih.
  4. Tutup loyang dengan plastik supaya permukaan kuih licin dan rata.
  5. Kukus selama 20 minit dan buka plastik tadi. Kemudian sambung mengukus 10 minit lagi.
  6. Pastikan lap penutup kukusan setiap 10 minit untuk mengelakkan air wap jatuh di atas kuih.
  7. Tunggu sejuk baru potong dan hidangkan.

Kresit resipi & foto : Raini Adnan

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x