in ,

Tambahkan Nestum Dalam Bahan Membuat Semperit. Guna Sukatan Cawan Je, Confirm Sedap.

Anda peminat Kuih Raya Semperit? Kuih Semperit ini antara kuih yang sangat digemari ramai dan senang untuk kita dapatkan. Tetapi pernahkah anda jumpa Semperit yang sudah diubahsuai atau ada penambahan pada bahan-bahannya?

Disini Admin kongsikan resepi Semperit yang ditambah bahan Nestum daripada seorang pengguna Facebook ini. Rupanya sama sahaja, tapi rasanya lebih sedap dari semperit biasa. Tak percaya, jom cuba!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Semperit Nestum ini 🙂

Bahan-bahan:

1  1/2 cawan marjerin / butter

1  1/2 cawan susu pekat

1 cawan tepung jagung

1 cawan tepung kastard

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung ubi kayu

1 sudu teh esen vanila

3/4 cawan nestum (kisar dan ayak)

Cara membuat:

  1. Kacau gula dan butter (pastikan guna spatula)
  2. Masukkan esen vanilla. 
  3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit.
  4. Terap guna acuan semperit. Rehatkan 1/2 jam sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 150′ 10 ~ 15 minit.

Nota:

  • jika adunan terkeras, tambahkan butter.
  • jika terlalu lembik tambah tepung kastard sikit demi sedikit
  • Resepi ini membuatkan bunga tak jatuh dan tak kembang setaman. 
  • resepi asal tak letak nestum.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0