fbpx

Tart Nenas. Dah Boleh Ready Nak Raya. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Tart nenas memang antara kuih kegemaran setiap kali menjelang raya kan. Namun kadang kala ada yang intinya terlalu keras, kulitnya terlalu rapuh dan pelbagai lagi. Resipi kali ini antara resipi yang memberikan langkah-langkah yang terperinci, jadi mudah untuk sesiapa yang baru nak belajar.

“Pagi2 dh ke dapur..ini la rutin setiap bulan puasa sy tiap tahun..masuk minggu ke 2 puasa..dh mula sibuk..buat tart. Sy share kn resepi nya yer.”

 

Bahan A :

1 cawan buttercup

3 sdb susu pekat (yang ini sedang elok manis. kalau nak boleh tambah)

1 biji kuning telur gred B (tapi sy pakai telur omega 3)

Sedikit esen vanilla

Pewarna kuning

 

Cara :

1. Gaul bahan-bahan di atas dan gaul pakai senduk atau whisk bagi sebati.

 

Bahan B :

3 cawan tepung gandum

2 sdb tepung jagung

2 sdb tepung kastard

 

Cara :

1. Masukkan setengah dahulu tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard ke dalam adunan butter tadi. Gaul sebati dan masukkan lebihan tepung gandum tadi sedikit demi sedikit sampai adunan dah tidak melekat di tangan. Kalau rasa adunan lembik, boleh tambah sedikit tepung gandum.

2. Terap pakai acuan macam dalam gambar.

3. Griskan loyang dengan butter supaya tak melekat.

4. Sudah siap gulung, sapukan kuning telur. Kalau nak cantik, letak sedikit pewarna kuning dalam kuning telur.

5. Bakar pada suhu 160 dalam 25 ke 30 minit (bergantung pada oven masing). Kalau cara saya, tengok sapuan kuning telur dah warna gold sikit, boleh keluarkan dari oven.

 

Tips :

1. Jem nenas dibeli di kedai bakeri. Sejukkan dahulu sebelum gulungkan supaya keras dan senang dibentuk.

2. Letakkan di rak paling bawah atau rak nombor dua dengan menggunakan api atas bawah.

3. Untuk mendapatkan bentuk yang cantik, tekan adunan dalam doh dan bahagian bergigi di belah bawah. Semasa menggulung jem, jangan tekan doh, lembutkan tangan. Masa alihkan ke loyang, pegang bahagian tepi doh.

Sumber : Iena Azizudin

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x