fbpx

Teknik Semai Pokok Limau Kasturi, Hanya Dengan Menggunakan Ranting Sahaja

iCookAsia

Mesti ramai yang suka menanam pokok di rumah kan? Misalnya pokok Limau Kasturi atau Cili kerana ia dapat membuahkan hasil di mana kita boleh guna untuk diletakkan dalam masakan. Tak perlu beli dah. Senang dan jimat.

Tapi tahukah anda bahawa selain daripada menggunakan biji benih, anda juga boleh cuba semai pokok limau kasturi dengan menggunakan keratan sahaja? Betul. Daripada buang begitu sahaja, apa kata cuba untuk cucuk ranting ke dalam tanah, boleh dapat anak pokok limau yang baharu.

Jom Admin kongsikan teknik untuk semai.

Cara-cara:

  1. Pertama sekali, pilih ranting yang sihat, berdaun cantik, sudah pernah atau sedang berbuah, tidak terlalu lembut atau muda dan tidak terlalu tua.
  2. Kemudian, potong dan buang pucuk, daun atau duri dan sisakan 2 hingga 3 daun sahaja. Selebihnya, potong separuh daun-daun itu.
  3. Seterusnya, cucuk ke media yang lembab. Boleh guna campuran cocopeat ditambah dengan sekam bakar ditambah tanah hitam. Padatkan media di sekeliling keratan untuk memastikan ia tidak bergoyang. Boleh guna penggalak akar jika ada. Lagi  cepat dia berakar nanti.
  4. Sungkup menggunakan plastik atau apa-apa sahaja. Boleh guna cup atas bawah.
  5. Selepas itu, letak di tempat teduh sampai keluar tunas baru dan akar. Siram sikit-sikit jika media nampak sudah kering. Pastikan kena buka sungkup selepas itu tutup balik.
  6. Akhir sekali, boleh pindah ke bekas lebih besar jika anak pokok sudah kelihatan stabil.

Boleh juga guna teknik untuk jenis pokok limau yang lain. Selain itu, semua jenis pokok jambu air pun boleh guna kaedah ini.

Kredit: Pyan Sempoy(Facebook)

Semoga bermanfaat untuk anda semua! 😉

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x