fbpx

Telur Dadar Goreng Tepung. Lain Macam Rangup Dia. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Siapa pernah makan telur dadar rangup? Lain macam special resipi kali ini. Caranya mudah sahaja, namun hasilnya, mengancam.

Jadi selepas ini tak perlulah risau kalau stok ayam tak ada di dapur, bolehlah tukarkan kepada telur.

“Siapa pernah buat ni? Kalau dah hujung bulan akak biasa buat untuk tambah2 lauk sementara tunggu gaji 😅 Telur dadar goreng tepung. Akak guna tepung goreng serbaguna (pedas) yg biasa untuk goreng ayam.”

 

Cara :

1. Buat telur dadar kemudian potong-potong.

2. Bancuh tepung serbaguna secukupnya, jangan terlalu cair. Cukup sekadar boleh lekatkan dnegan telur dadar tadi.

3. Celupkan telur dadar ke dalam bancuhan tepung kemudian golekkan ke dalam tepung kering, macam nak buat ayam goreng.

4. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan. Siap

Sumber : Eka Zahra

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x