fbpx

Telur Kuning Masin DIY. Semasin Hatimu Kata Empunya Resipi. Resipi #StayAtHome

iCookAsia

Selalunya telur masin menggunakan telur itik, namun kali ini pembuatannya berbeza kerana menggunakan telur ayam pencen dan hanya bahagian kuning yang dijeruk.

Apa-apapun enjoy dengan telur masin semasin hatimu ni.

Aku suka telur masin tapi tak suka bahagian putih. Dah laa mahal harga kat kedai makan. Tak puas tau nak makan, yelaaa nak makan dengan nasi lagi, ratah lagi, belum masuk kategori khas letak dalam mulut pastu hisap sampai cair. Mana nak cukup sebiji.

Okay kita buat sendiri. Tapi kita buat telur kuning masin jee, say no to telur putih. Sape telur putih? Aku tak nak dia. Sape telur putih? Aku tak undi dia.

Step by step ada kat caption setiap gambar. Khas untuk bekas makwe yang dulu nak sangat belajar buat telur kuning masin. Tapi dulu taknak ajar sebab nak kau hargai airtangan aku. Hahaha.

 

Cara :

Bersihkan telur ayam pencen, macam kau bersihkan aku dari hidup kau.
Sarung dia tu jgan buang, nanti senyap senyap taruk laa dalam megi, macam kau senyap senyap taruk hati kat orang lain.

Letak garam. Jgan pulak letak kenangan kita sebab nanti tak jadi telur masin, jadi telur pahit.

Ratakan garam tu. Gaul manja manja jee, jgan kasar sangat, takut hancur macam hati aku. Lepas tu peram 3 jam. Tutup je dengan apa apa macam kau tutup pintu hati kau untuk aku.

Lepas 3 jam dia akan jadi macam ni. Garam tu dah jadi larut macam air. Yelaaa, setiap benda boleh berubahkan, macam diri kau, sekelip mata jee berubah.

Rebus laa dua tiga biji untuk test kemasinan dah oky ke belum. Klau tak masin tambah garam dan peram lagi. Klau terlebih masin tak tau laa nak perbetulkan camne. Mungkin takleh perbetulkan dah, macam hubungan kita.

Klau dah okay, basuh bersih dan toskan. Biar telur tu kering, macam perasaan kau.

Letak dalam bekas kedap dan simpan dalam peti ais. Jgan simpan kat luar, takut cepat rosak sebab bakteria. Macam hubungan kita yang rosak sebab orang ketiga.

Sumber : Hafiz Danial

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x