fbpx

Tempe Buatan Sendiri. Jangan Risau, Tidak Renyah Dan Puas Makan.

iCookAsia

Sedapnya tempe goreng kan. Boleh dijadikan kudapan, buat sambal makan dengan nasi, dijadikan sambal kering…eh macam-macamlah.

Untuk isu kali ini, kita akan belajar cara membuat tempe. Puas hati dapat hasilkan sendiri, bolehlah buka ‘order’ selepas ini.

“Masak Dan goreng tempe buatan sendiri je..sape suka mkn tempe angkat tangan..

Ok sayang2 semua memandangkn semua bertanyakn resepi sy akn sharekn…

Tempe yg sy buat d bawah ni 2kg kacang soya ya. Tapi sy akn bagi resepi 1kg kacang soya ya sbb senang nanti nak fhm.

 

Bahan :
1 kg Kacang soya
1 cawan Tepung beras
2 pek tempe ready made / ragi tempe

 

Cara :

1. Rendamkan kacang soya sampai kembang selama dua malam. Setiap tujuh jam gantikan airnya untuk kualiti kacang supaya sentiasa segar. (Jika rumah mempunyai air penapis, kualiti tempe akan lebih bertahan lama).

2. Kemudian tempe ready made dihiris halus dan jemurkan di bawah cahaya matahari sehingga kering. Apabila kering, kisar kering sehingga halus.

3. Kacang yang sudah direndam akan tertanggal kulit daripada badan kacang jadi harus dibuang. Selepas itu kacang akan direbus sehingga empuk.

4.Toskan kacang yang sudah empuk sehingga kering.

5. Apabila kacang telah kering, campurkan dengan tepung beras 1 cawan bersamaan 1 kilogram kacang soya bersama tempe ready made yang siap dikisar. Kalau gunakan ragi, sukatannya ¾ cawan.

6. Gaulkan tiga bahan sehingga sebati.

7. Ingat ya, sukatan 1 kilogram kacang bersamaan 1 cawan tepung beras, Jika 2 kilogram kacang, gunakan 2 cawan tepung beras. Tujuan tepung digunakan untuk mengeringkan kacang soya.

8. Kemudian apabila sudah sebati, bungkus seperti di dalam gambar. Tingalkan tempe dalam suhu bilik. Jangan tindankan.

9. Jika bungkus menggunakan plastik, tebuk dengan jarum peniti untuk pastikan ada rongga angin.

10. Fungsi ragi tempe sama seperti yis.

11. Menggunakan resipi di atas, tempe boleh dimakan sehari selepas itu. Namun lebih enak jika dibiarkan selama dua hari.

Sumber : Sofea Arisha

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x