fbpx

Tepung Pelita

iCookAsia

 

Bahan-bahan:

4 cawan santan
1 cawan tepung beras
¾  cawan gula pasir (boleh kurangkan, kalau tidak suka manis)
5 cawan air pandan
1 sudu besar air kapur
6 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
100gm air
120gm gula
Pelepah daun pisang diraut dan dilayur untuk dijadikan loyang kuih pelita



Cara membuatnya: 

  1. Mula-mula lipatkan daun pisang dan bentukkan agar menjadi satu kotak kecil. Ketepikan dahulu.
  2. Untuk menyediakan lapisan hijau, masukkan tepung beras, gula air pandan dan air kapur ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati. Ketepikan dahulu.
  3. Untuk menyediakan lapisan putih, campurkan santan bersama tepung gandum dan garam. Kacau sehingga rata. Ketepikan dahulu.
  4. Untuk menyediakan air gula pekat, didihkan air bersama gula sehingga cair tanpa dikacau. Kemudian letakkan setengah sudu air gula pekat ke dalam loyang daun pisang.
  5. Selepas itu, masaklLapisan Hijau. Kacau tanpa henti di atas api hingga masak dan berkilat-berkilat. Setelah masak, letakkan di atas gula pekat di dalam loyang daun pisang tadi.
  6. Setelah itu, masak pula lapisan putih di dalam periuk. Kacau tanpa henti hingga masak dan letakkan di atas lapisan hijau.
  7. Sejukkan didalam peti sejuk selama 20 minit dan kuih tepung pelita sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x