fbpx

Tepung Pelita Tanpa Kukus. Tak Renyah. Juadah Berbuka Resipi #Ramadan

iCookAsia

Tepung pelita memang antara juadah berbuka yang wajib dibeli setiap kali berkunjung ke bazar Ramadan. Ada pelbagai cara untuk menyediakannya dan kali ini disediakan resipi Tepung Pelita tanpa kukus.

 

Bahan Lapisan Bawah (Hijau)

1 cawan Tepung Beras

1 cawan Gula Halus

4 cawan Air

Daun Pandan

Pewarna Hijau

 

Cara :

1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisarkan sehingga sebati.

2. Tapis dan masukkan ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana. Kacau sehingga menjadi pekat.

3. Setelah siap , masukkan ke dalam bekas. Ketepikan .

 

Bahan Bahagian Atas (Putih)

1 kotak kecil Santan

3 cawan Air

4 sudu makan Tepung Beras

Garam secukup rasa

 

Cara :

1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati.

2. Masakkan dengan api sederhana . Kacau hingga menjadi pekat.

3. Masukkan ke dalam bekas lapisan hijau tadi . Biarkan sejuk . Bolehlah dihidang

Tips – Semua brand tepung beras boleh guna kecuali cap gajah 5

Sumber : Norien Abdul Wahab

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x