in ,

Teringin Benda Manis? Ini Dia Resepi Ice-Cream Mangga Homemade

Sekarang ni kan, kita tak boleh keluar sesuka hati, jadi mesti rasa yang bosan sangat terutama bagi sesiapa yang ada anak kecil di rumah. Apatah lagi kalau musim panas, memang tak tentu arah jadinya. Tapi jangan risau, kali ni ada satu resepi yang memang boleh buat tekak kita rasa sejuk je.

Jom kita try.

Terima kasih Naziha Yunus untuk perkongsian resepi Ice-cream Mangga Homemade ini 🙂

Bahan-bahan:

2 biji manga

1 tin susu cair

5 sudu besar susu pekat (Boleh ubah mengikut tahap manis yang diinginkan)

2 sudu besar ovalette

 Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, kisarkan sebiji mangga. Seterusnya, potong sebiji lagi mangga secara dadu untuk hiasan.
  2. Kisarkan susu cair, susu pekat dan ovalette sehingga kelihatan gebu.
  3. Seterusnya, tuangkan ia ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Hanya perlu tunggu beku dan boleh dinikmati! Makan dengan roti pun sedap tau.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Naziha Yunus(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.