fbpx

Teringin Makan Dessert? Boleh Cuba Resepi Kek Coklat Puding Karamel Ni

iCookAsia

Macam-macam jenis puding ada, yang penting semuanya sedap. Hari ni Admin nak kongsikan satu resipi yang sangat senang dan memang sedap iaitu Puding Kek Coklat Karamel.  Kalau disejukkan, lagi nikmat rasa dia. Confirm bertambah-tambah makan.

Jom kita try.

Terima kasih Shaifal Hasida Zainuddin untuk perkongsian resipi Kek Coklat Puding Karamel ini 🙂

Bahan-Bahan:

Untuk Lapisan Karamel:

 4 sudu gula pasir

(masak dengan api perlahan dan jangan bagi hangus)

Untuk Lapisan Puding:

4 biji telur gred A

1/2 cawan susu pekat

1/2 cawan susu cair

4 sudu besar gula

1 sudu kecil esen vanilla

(Kisarkan kesemua bahan di atas)

Untuk Lapisan Kek:

Bahan A :

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula castor (Nak guna gula biasa pun boleh)

1 cawan minyak masak atau minyak jagung

1 cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat (setengah)

Bahan A ini masak atas api perlahan. Kacau selalu sehingga semua larut. Tidak perlu lama sangat sebab nanti rasa hangit.

Bahan B :

1 cawan membukit tepung gandum

1 sudu kecil soda bicarbonate

1 sudu kecil baking powder

Bahan B ini diayak bersama

Bahan C :

4 biji telur gred A atau B

1 sudu kecil esen vanila

Bahan C ini dipukul kembang (Dengan menggunakan mixer)

Cara penyediaan:

  1. Didihkan air kukusan terlebih dahulu . Bahan A tadi dibiarkan sejuk atau suam. Mula-mula, masukkan Bahan A ke dalam Bahan C yang dipukul kembang tadi.
  2. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung yang diayak tadi iaitu bahan B. Kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul. Ketepikan.
  4. Kukus lapisan puding yang telah di blend tadi sehingga masak (Pastikan loyang dilapisi gula yang telah dimasak dahulu).
  5. Setelah lapisan puding masak, masukkan adunan kek coklat yang dibancuh tadi dan kukus sehingga masak selama 45 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Shaifal Hasida Zainuddin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x