fbpx

Teringin Nak Makan Kuih Tradisional? Boleh Cuba Resepi Mudah Putu Bambu Ni

iCookAsia

Mesti ramai yang teringin nak makan Putu Bambu tapi susah nak jumpa peniaga yang menjual kuih sedap sepanjang masa ini kan? Anda semua tak perlu runsing dah, apa kata cuba resepi yang Admin nak share kali ni.

Cara dia sangat mudah dan sedap. Jom kita try.

Terima kasih Azila Abdullah untuk perkongsian resipi Putu Bambu ini 🙂

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung beras

1 cawan air

Gula merah

Daun pandan

Garam sikit

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, , masak air dalam periuk, letakkan daun pandan dan garam. Apabila garam sudah sebati dan air sudah panas serta bau pandan sudah naik, tutup api tersebut.
  2. Dalam bekas yang lain, letak tepung beras da masukkan air yang dimasak 13 sudu besar.
  3. Kemudian, gaul tepung itu sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  4. Untuk proses agak tepung, guna penapis yang mempunyai lubang yang agak besar. Penapis kecil susah nak di ayak.
  5. Seterusnya, apabila sudah siap, masukkan sedikit tepung tadi dalam acuan lompang, letak gula merah dan tambah tepung sedikit lagi.
  6. Kukus selama 15 minit.
  7. Tudung periuk tersebut pastikan letak kain, nanti air terjun masuk.

Pastikan untuk tidak tekan tepung bagi padat. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azila Abdullah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x