Laksa Johor ni sedapnya memang lain macam sebab punya gabungan pelbagai ulam dan sambal belacan. Makan pula dengan tangan, fuh menggamit selera.
Jom ikuti perkongsian Zalifah Hj Denan. Resipi ini cukup simple namun sangat enak. Gunakan ikan parang atau tenggiri untuk rasa yang lebih umphhh.
“Laksa johor. Feveret kami satu famili. Masak awal sikit coz gigih nak menggulung spagetti utk 1 portion laksa johor.. Cara ni praktikal kalau nk makan laksa johor, spageti tu buat gulungan bentuk 8. Lepas tu, toskan dlm tapis. Bila dah kering dia akan elok cantik membeku dlm gulungan dia. Tak kacau yg lain. Time nk makan..ambik laa segulung2 dan curahkan je kuah. Jgn lupa ulam2 dia sekali.
Kuah mmg sengaja buat agak pekat, coz org johor mkn laksa johor guna tangan.. Mmg nikmat dia lain machiammm.
“Tak percaya..? Cuba lah sendiri..
Kredit kpd sahabat kesayangan Marlina Sabran utk resepi dan tips.. And my asben said “ THE BEST LAKSA JOHOR IN THE WORLD.”
Bahan kisar :
1 biji Bawang besar
4 biji Bawang merah
4 biji Bawang putih
3 batang Serai
8 tangkai Cili kering
Bahan :
1/2 ekor Ikan parang / Tenggiri
Kerisik dari 1/2 biji Kelapa
Santan dari 1/2 biji Kelapa / Santan kotak
1/2 genggam Udang kering – tumbuk
4 sb Rempah kari ikan / Kari daging
1 keping Asam keping
Cara :
- Rebus ikan parang atau tenggiri dengan halia dan bawang putih. Boleh juga gantikan dengan ikan kembung, selar atau selayang. Kemudian buang tulang dan kisar isinya menggunakan isi rebusan. Tulang juga dikisar dan tapis airnya untuk dibuat kuah.
- Tumis bahan kisar tadi sehingga naik minyak.
- Bancuh rempah kari dan tumis bersama.
- Kemudian masukkan isi ikan dan udang kering. Gaul rata dan biarkan mendidih.
- Selepas itu masukkan kerisik dan santan. Masak sehingga mendidih.
- Perasakan dengan garam, gula dan asam keping.
- Jika terkurang rasam masukkan kerisik. Masak menggunakan api kecil supaya semua bahan mesra.
Bahan hiasan :
Timun
Daun kesom + Daun selasih
Bunga kantan
Lobak asin (wajib)
Taugeh
Bawang besar
Sambal belacan
Limau kasturi
*kuah ini elok untuk sebungkus laksa jenama sunremo. Jika ada lebihan kuah, bekukan dalam freezer. Tahan lama.
Kredit resipi & foto : Zalifah Hj Denan
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/