in

TikTok Tortilla Wrap Hack VIRAL! 2 Cara Hidangan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

Untuk resepi viral kali ini adalah daripada TikTok. Senang sangat caranya. Kalau anda bergegas nak bawa bekal tu dari rumah, boleh cuba cara ni!

Bahan untuk Cara 1:
Salad
Ayam gunting (Ayam goreng biasa pun boleh)
Telur Dadar
Sos Cili
Sos Mayonis
Tomato
Cheese Cheddar

Bahan untuk Cara 2:
Salad
Sos Mayonis
Tuna
Tomato
Cheese Cheddar

Caranya:
1. Potong pada garisan tengah tetapi separuh. Jadikan pada empat bahagian.
2. Lipat dari bahagian pertama dan tindih dengan bahagian seterusnya.
3. Bakar pada dua-dua belah permukaan.

Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.com/​

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0