in ,

Tips Berguna Membuat Cendol Sendiri Di Rumah. Ikut Step-By-Step, Confirm Menjadi.

Anda penggemar hidangan Cendol? Cendol ini pencuci mulut yang terbaik pada musim panas. Makan sejuk-sejuk, memang best! Tapi pada musim pandemik ini, banyak dah hidangan yang kita belajar buat sendiri atas keselamatan. 

Pernah cuba buat Cendol sendiri? Yang berwarna hijau tu tau, bukannya dapatkan di pasaran yang ready-made. Haa, kalau belum pernah cuba, jom ikut resepi di bawah ini!

Terima kasih Ummu Naim Qalaq untuk perkongsian resipi Cendol Homemade ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan air penuh

1/2 cawan biasa tepung Hoen Kew

1/4 sudu teh garam

1/4 sudu teh air kapur (dari ujung jari kelingking kapur, bancuh sikit air dan ambil airnya)

Sikit pewarna hijau epal

Sikit esen pandan (air daun pandan lagi baik)

Cara membuat:

  1. Bancuh adunan tadi. Masak di atas api perlahan. Apabila nampak bergentel angkat dan kacau bagi semuanya jadi licin.
  2. Letakkan semula atas api dan biar ada gelembung sekejap. Tak boleh lama atas api.
  3. Tutup api dan masukkan cepat cepat ke dalam acuannya. Tujuan supaya kekal panasnya. Sediakan air sejuk ais dan paip ke dalam air tersebut. Buat sampai habis.
  4. Kemudian, biarkan selama 1/2 jam.
  5. Toskan dan sedia digunakan. 

Nota:

*Jangan bagi gelembung lama atas api untuk elak cepat bergentel/ ber zig zag bila di tekan dalam air.

*Acuan boleh guna nozzle piping atau  piping bag buat kek, buat lubang kecil saja ujungnya.

Jika tidak tahan panas masa menekannya boleh guna tuala dapur dengan membalut bag piping tersebut.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ummu Naim Qalaq (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.