in ,

Tips Dan Cara Menggoreng Ikan Keli Supaya Tidak Meletup. Memasak Ikan Keli Kini, Jadi Lebih Mudah!

Menggoreng ikan keli sebenarnya agak mencabar dan susah pada sesetengah orang. Kenapa? Disebabkan letupan yang dihasilkan daripada Ikan keli itu buat ramai yang takut. Sebelum ini mungkin kita anggap perlu dibersih dengan bersih-bersih dan buang lendir nya. Agak susah juga sebenarnya kan. 

Tetapi, tidak lagi sekarang. Seorang pengguna Facebook ini telah kongsikan tips dan cara menggoreng ikan keli supaya tidak meletup lagi. Moga ianya membantu anda di dapur!

Terima kasih Rohayu Naura untuk perkongsian tips memasak ini 🙂

“Sedikit ilmu tak bg meletop masa goreng ikan keli..”

Korang jangan terpedaya dengan ikan yang besar… Jangan amik ikan keli yang besar.. Percaya lah, ikan keli besar.. Tak sedap. Isi dia liat, pilih ikan keli yang kecil comel-comel je okay.

1. Ikan keli basuh dulu bagi ala-ala kadar sahaja.. Potong kepala dia dan selepas itu, kelar macam dalam gambar.. Selepas itu, bubuh tepung gandum dengan limau.. Ramas-ramas bagi keluar lendir. Baru masuk air sikit dan ramas-ramas lagi. Baru basuh bersih-bersih.


2. Apabila sudah bersih, bubuh garam dengan kunyit. Sambil-sambil itu, anda dah boleh mula panaskan minyak.


3. Kemudian, goreng seperti biasa. InshaAllah tidak Meletop.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rohayu Naura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0