fbpx

Tips Daripada ‘Pak Mertua’. Ini Bahan Rahsia Nak Buat Apam Susu Yang Anti-Gagal!

iCookAsia

Apam Susu Kukus ni sangat popular sekarang. Lebih-lebih lagi dengan kepelbagaian warna yang diguna dan dihias menjadi rupanya lebih cantik. Warna pelangi pun ada. Ada yang buat dengan saiz petak atau bulat besar, dan ada juga buat dengan bersaiz kecil macam cupcake.

Apa yang menariknya resipi kali ini, Nana Robil kongsikan resipi dan bahan rahsia untuk membuat Apam Susu Kukus daripada Bapa Mertuanya. Kata beliau, ini percubaan kali kedua untuk berjaya menghasilkan Apam Susu Kukus yang lembut dan gebu. Bukan itu sahaja, warna pilihan dan hiasa beliau juga sangat menarik iaitu warna merah jambu sehingga dinama kan Apam Susu Pink Dato Vida. Class gituh nama nya..!

Terima kasih Nana Robil untuk perkongsian resipi Apam Susu ini 🙂

Terima kasih Nana Robil untuk perkongsian resipi Apam Susu ini 🙂

Bahan-bahannya:
4 biji telur Telur (dikisar)
1 cawan gula Gula (dikisar)
1 sudu besar susu manis (dikisar)
1 sudu besar Ovalette (dikisar)
1 sudu kecil Essence Vanilla (dikisar)
1 ½ cawan Tepung Gandum

Cara membuat:
1. Masukkan 4 biji telur, 1 cawan gula, 1 sudu besar susu manis, 1 sudu besar Ovalette dan 1 sudu kecil essence vanilla ke dalam pengisar dan blend selama 1-2 minit atau sehingga adunan menjadi warna putih.
2. Selepas itu masukkan adunan ke dalam bekas dan masukkan 1½ tepung gandum. Dan gaul sehingga sebati. (Tidak di kisar di dalam blender, takut adunan menjadi bantat. Menurut beliau, “kaup-kaup sehingga sebati”)
3. Seterusnya, masukkan pewarna mengikut citarasa anda. Dah nama nya Apam Susu Dato Vida, jadi Nana Robil menggunakan warna pink.
4. Kemudian, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.
5. Kukus selama 20 hingga 30 minit dan Apam Susu siap untuk dihidang!

Mudah kan? Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nana Robil (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x