fbpx

Tips Hasilkan Sagu Yang Cantik, Sebutir-Sebutir Kejadiannya. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Walaupun mudah sahaja membuat kuih sagu, namun kadang kala apabila tersilap teknik, memang hasilnya menghampakan.  Terdapat lapan langkah mudah yang boleh diikuti, dan akhir sekali, bolehlah warnakan mengikut kreativiti masing-masing.

 

TIPS SAGU TERHASIL CANTIK

1. Pastikan air mendidih sebelum masukkan sagu.

2. Sagu tidak perlu dibasuh, daripada plastik terus masukkan ke dalam air mendidih tu. Kerana sagu akan dibilas lagi.

3. Biarkan sagu sampai betul betul kembang sehingga tiada lagi biji putih.

4. Bila dah putih jernih, tutup api.

5. Tapis sagu dan kemudian bilas dengan air. Mula-mula gunakan air paip, kemudian baru gunakan air penapis.

6. Dah siap, boleh ketepikan.

7. Boleh asingkan beberapa bahagian untuk warnakan mengikut kreativiti masing-masing.

8. Selepas itu boleh buatkan kuahnya. Selamat mencuba, boleh makan selepas disejukkan waktu buka puasa nanti.

Sumber : Akmal Hamid

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x