fbpx

Tips Menyimpan Tauhu Dengan Lebih Lama!

iCookAsia

Tauhu merupakan salah satu makanan yang harus disimpan dengan cara yang betul bagi mengelakkan ianya rosak dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Mana tidaknya, tauhu yang elok akan dapat menjadikan setiap masakan yang berasaskan tauhu menjadi lebih sedap.

Korang nak tahu tak macam mana cara dia? Jom kita tengok.

Terima kasih Ina Sari untuk perkongsian tips menyimpan tauhu ini 🙂

Bahan-Bahan:

Tauhu

Garam

Cara-cara:

  1. Didihkan air dan letakkan sedikit garam. Kacau sehingga larut.
  2. Masukkan tauhu yang sudah dicuci Bersih ke dalam air rebusan tadi selama 3-5 minit.
  3. Angkat tauhu dan sejukkan ia terlebih dahulu.
  4. Tuangkan air ke dalam satu bekas dan letakkan sedikit garam serta kacau sehingga larut.
  5. Seterusnya, susun tauhu ke dalam bekas tersebut dan tutup bekas itu.
  6. Akhir sekali, masukkan ia ke dalam peti sejuk.

Korang boleh tukar air di dalam bekas tersebut tiga kali sehari supaya tahan lebih lama.

 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit tips dan gambar: Ina Sari(TikTok)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x